Monday, February 26, 2007

Terubat rinduku pada u all...

Seorang guru Bahasa Inggeris telah menyepot kesilapanku dalam salah satu daripada entriku yang lalu. Perkataan yang sepatutnya berbunyi dan dieja sebagai 'cake-cutting ceremony', telah ku eja 'cut-caking ceremony'.

Justeru itu entri ku kali ini akan ku tulis dalam bahasa ibundaku sendiri untuk mengelakkan daripada membuat kesilapan sebegitu rupa. Terserlah sungguh keselengeran ku ini.

Maka tersebutlah kisah...

Geng-geng gua datang ah niari!!

Ish... GEREK!

Korang tau tak?
Tau?
Tahu takpe, tempe tak nak, kacang biar lebih sikit.
(jagong jap)

Terubat seh rindu .. Dahlah aku makin membusuk dok di rumah. Kaki ni menggatal jer nak merayap seperti sediakala. Dua minggu lagi beb... Bawak bertenang jer... Kan best layan 2 budak tu pat rumah. Lepas layan si dini, si ditu pulak.. lepas tu dini, lepas tu ditu. Kalau dua-dua mintak dilayan, maknyer terus KO.

Anyways.. eh salah, tak boleh Inggeris. Pastu... diorang sume lepak kat rumah aku jap. Sembang2, makan roti leper berinti (read: pizza), roti bawang putih (read: garlic bread), kentang goreng (read: french fries), ayam (read: hot n spicy drumlets), epok2 dan lain-lain. Bila nak mintak amek gambar, sume tak nak. Tapi aku paham. Sape yang nak bergambar pakai baju sekolah kan? Iye.. sekarang sekolah aku kan sudah mengenakan peraturan bahawasanya semua guru-guru diharuskan mengenakan kemeja T sekolah pada setiap hari Isnin. Terus terang aku cakap, merepek!

Jadi takde lah gambar kita bersama. Tapi takpe, tunggu aku kurus sket. Boleh amek gambar banyak2. Selagi tak kurus, selagi tu jangan amek. (Bedek kappa!)

Terima kasihlah korang-korang yang datang tadi. Semoga berjumpa lagi di masa hadapan.

Tata titi tutu!!

Pooped @ 6:19 PM


::ramblings::



And so my journey begins...

:: my reads ::
Farena Farzuin Fidza Hapifah Husna Jieja Maya Munira Pipi Rai Raihan

:: my thanks ::
Adobe Photoshop
Shabby Princess

:: LIZZIE ::

simply complicated
awfully pretty
completely blur
sadly funny
hopelessly devoted
A Fine Mess


...Just Simply Me